Let's jooiin....Be one of the nuffnang community

ImageChef Custom Images

Friday, December 31, 2010

Gejala Sosial

Selamat tahun baru....moga dengan kedatangan tahun baru akan membawa azam baru buat kita semua. Berubah ke arah yang lebih baik. Ini kerana saban hari di dada akhbar kita lihat begitu banyak kes - kes yang menakutkan seperti buang bayi, mat rempit, pembunuhan, perkosa, khalwat, dadah dan macam- macam lagi lah yang sememangnya menakutkan kita bermaharajalela.Hal ini terjadi tanpa mengira umur dan status seseorang. Yang  kurang pelajaran dengan gaya huha..nya, yang berpelajaran dengan cara berhemahnya...sukar  kita hendak meneka peribadi seseorang. Kak myteja ada satu pengalaman yang ingin dikongsikan bersama dan lepas itu renungkan agar jadi iktibar pada kita.
Ada seorang pakcik yang berusia dalam lingkungan lewat 50an dirawat di sebuah pusat perubatan, keadaanya begitu menyedihkan akibat dari kesan penyakit AIDS yang dihidapinya. Rupa-rupanya pakcik ini bekas guru, beliau telah mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat iaitu homoseksual. Menurut beliau, semasa bujang lagi beliau memang seorang gay tetapi beliau cuba menjadi seorang lelaki sejati dengan berkahwin malahan title yang dipegang "guru" menyebabkan beliau berusaha untuk berubah. Ini sudah bagus kan... tapi malangnya setelah memperolehi beberapa orang anak, perasaan gay datang kembali menyebabkan beliau berbalik kepada perangai lama malah lebih teruk lagi apabila menjalinkan hubungan sulit dengan beberapa orang lelaki dan lupa pada keluarga. Setiap hari, habis waktu kerja beliau akan menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya tanpa pengetahuan isteri. Bertahun lamanya perkara ini terjadi....Isteri mana boleh sabar kan....Siasat punya siasat akhirnya terbongkarlah rahsia yang disimpan-simpan. Penceraian berlaku di kala anak-anak sedang meningkat remaja, usia pun hampir mencecah usia emas. Pakcik gembira bukan kepalang kerana "ku kini bebas..." tetapi kegembiraan pakcik hanya bertahan untuk beberapa tahun sahaja apabila sering diserang sakit dan akhirnya apabila berjumpa Doktor, siasat punya siasat temulah jawapanya iaitu HIV dan kini telah disahkan AIDS....Pakcik memang menyesal.......tapi kata pepatah sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.............Kini  Pakcik sebatang kara, tiada siapa menjengok Pakcik di hospital, semua kekasih gelapnya....gelap terus....hanya yang ada kawan senasib........
Jadi dari cerita tadi marilah kita sama-sama ambil iktibar hidup jangan bertongkat langit, ingatlah bumi yang dipijak...... Kak Myteja mohon maaf sekiranya cerita diatas ada kena mengena dengan yang masih hidup, ini kerana ini kisah benar............google,yahoo

No comments: